Madu Asli

Adakah Madu Asli tidak didekati SEMUT?



Kenyataan itu adalah tidak benar sama sekali.

Madu mengandungi manisan/gula. Walau bagaimanapun manisan/gula ini tidak sama dari segi bentuk/struktur semulajadinya.

Gula madu tidak sama dengan gula tebu (sukrosa). Gula madu terdiri dari Dekstrosa dan Levulosa dalam sekitar (75-83%).

Dekstrosa boleh segera diserap ke dalam darah manakala Levulosa lebih lambat sedikit bagi mengawal keseimbangan gula dalam darah.


Oleh yang demikian adalah mustahil sama sekali semut tidak mendekati madu ini. Sebenarnya fenomena ini berlaku kerana kelainan sifat madu antara Madu Khaula dan madu tempatan.

Kandungan sulfur dan kuprum yang lebih tinggi dalam madu tempatan menyebabkan madu ini bersifat panas, justeru itu semut yang mempunyai deria sensitif tidak akan mendekati madu tempatan.

Manakala Madu Khaula bersifat 'tidak panas' maka semut akan mendekati dan jika dicampur dengan telur maka telur juga tidak akan membeku di dalam Madu Khaula.

0 Comments:

Post a Comment



Blogger Template by Blogcrowds